“Pengguna wajar memulau peniaga yang menaikkan harga makanan dan minuman berikutan harga gula dinaikkan 20 sen sekilogram bermula 1 Januari lalu. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan dan minuman berikutan kenaikan harga gula.” Harian Metro 9 Januari 2010 Sebenarnya peniaga tak perlu menaikkan harga minuman pun. Sape ada kalkulator casio 570? Kalau takde, guna kalkulator biasa pun boleh. Cuba congakkan sendiri. Sekilo gula RM1.65, naik 20 sen. Update: Sebelum ni saya tulis sekilo gula boleh menghasilkan 10 gelas minuman. Tapi betul la cakap teman saya, si Redz. Tak logik sekilo gula boleh buat 10 gelas je (setiap gelas 100 gram gula). Cuba kira: 20 gelas x 20 sen = RM4 Bayangkanlah dengan kenaikan sekilo gula, peniaga boleh untung RM4. Jadi wajar ke peniaga-peniaga ni naikkan harga sesuka hati? Jawapan saya, tak wajar. Kalau naik 10 sen boleh dipertimbangkan. Tapi sakitlah sikit kalau semua benda nak dinaikkan harga kan. Sebagai pengguna bijak, pandai-pandailah membuat pilihan. Kalau restoran tu naikkan harga terlalu tinggi, boikot jelah. Senang. Kalau dia rugi, dia turunkan harga balik.
Peniaga menaikkan harga minuman 20 sen setiap gelas.
Katakanlah sekilo gula boleh menghasilkan 20 gelas minuman
Cara yang lebih mudah adalah dengan download software terus dari komputer pelanggan. Namun tidak perlulah pergi ke laman web yang berkaitan satu-persatu, kerana Ninite akan melakukannya untuk anda. Laman web Ninite mengandungi pelbagai pilihan software yang paling asas untuk Windows. Anda hanya perlu pilih software yang anda mahu dan klik download. Setelah download selesai, buka fail tersebut dan Ninite akan install kesemua software secara automatik.
Jika anda mempunyai sambungan Internet yang stabil, Ninite adalah cara yang sangat menjimatkan masa untuk melengkapkan sebuah komputer baru.

Apparently, AMD users have been seeing no love from motherboard producers ever since the introduction of USB 3.0. That's set to change however, because Taiwanese manufacturer Gigabyte has recently introduced the GA-870-UD3 motherboard, the world’s first motherboard for the AMD platform to receive SuperSpeed USB certification from the USB Implementers Forum (USB-IF). Besides USB 3.0, the motherboard also features Gigabyte's proprietary Gigabyte ON/OFF Charge technology that allows you to charge your iPhone/iPod Touch/iPad at an accelerated rate.
About the GIGABYTE GA-870A-UD3 Motherboard
With support for the latest AMD Phenom™ II X6 six-core processors, native SATA 3.0 (6Gbps) (via the SB850 Chipset), USB 3.0 and ATI CrossFireX™/Hybrid CrossFireX™, the GIGABYTE GA-870A-UD3 offers unmatched processing power, super fast data transfer performance and multi-graphics support that will elevate you to a whole new level of mainstream computing. The GA-870A-UD3 is designed with the best quality components as part of the GIGABYTE Ultra Durable™ 3 family, featuring 2x the amount of copper compared to a traditional PCB design, and delivering a host of cutting-edge features such as EasyTune™6 PC management tools, Easy Energy Saver™ power saving utilities, DualBIOS™ and support for Energy Related Products Directive (ErP), providing a powerful, yet power efficient desktop PC platform.
More information about the GA-870A-UD3 motherboard can be found at: http://www.gigabyte.com.tw/FileList/WebPage/mb_amd800/images/amd800-models.htm or http://www.gigabyte.com.tw/Products/Motherboard/Products_Overview.aspx?ProductID=3423.
There's no official word on local pricing right now since this news was sent directly from Taiwan, but we're pretty sure that the boards will be here very soon.
Berfikir dari luar kotak
Apa itu thinking out of the box atau dalam bahasa Melayunya berfikir di luar kotak? Ia ialah satu pemikiran yang lain dari yang lain dari yang sepatutnya biasa orang fikir. Semasa kita menghadapi sesuatu masalah kita jangan terlampau gopoh untuk menyelesaikannya melainkan kita sudah membuat perancangan yang teliti dan dengan berfikiran di luar kotak dapat menjimatkan kos dan tenaga sehingga berjuta-juta seperti 2 kes di bawah ini. Ekslusif di isuhangat
Kes 1
Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke ruang angkasa, mereka mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar (dakwat tidak akan mengalir ke bawah)
Untuk mengatasi masalah ini, mereka membelanjakan USD$12 juta. Mereka membangunkan sebuah pen yang bekerja di graviti kosong, terbalik, dalam air, di hampir semua permukaan termasuk kristal dan dalam pelbagai suhu dari bawah titik beku kepada lebih daripada 300 darjah Celcius.
Tetapi apa yang Russia lakukan?
Mereka menggunakan sebatang PENSIL!
Kes 2
Kisang di kilang kosmetik yang besar di Jepun kerana masalah yang mereka hadapi kerana terdapat kotak sabun yang kosong, tercicir dimasukkan sabun dalam kerja operasi pembungkusan. Syarikat menerima aduan daripada pelanggan yang telah membeli bekas sabun yang kosong.
Pihak syarikat menganggap serius perkara ini dan pengurusan merekameminta kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat.
Jurutera bekerja keras untuk memasang mesin sinar-X dengan resolusi tinggi, monitor diawasi oleh dua orang untuk melihat semua kotak sabun yang berlalu di atas line.
Tapi ketika salah seorang pekerja di sebuah syarikat kecil menghadapi dengan masalah yang sama, dia tidak masuk ke dalam komplikasi X-ray, dll tetapi sebaliknya keluar dengan penyelesaian lain.
Dia membeli kipas angin industri yang kuat dan menghalakannya pada line operasi pembungkusan kotak sabun itu.Ini bermakna setiap kotak sabun akan melewati kipas dan kipas itu akan menerbangkan kotak kosong keluar dari barisan!
Moral cerita: Selalu mencari penyelesaian mudah. Merancang penyelesaian paling mudah yang menyelesaikan masalah dan jangan menganggap masalah yang besar itu perlu diselesaikan dengan cara yang besar juga!

Hari ini Hari Ibu, hari yang disambut pada hari Ahad kedua setiap bulan Mei. Tapi aku masih tak berkesempatan lagi untuk membuat panggilan ke Malaysia. Tapi itu tak bermakna aku tak sayangkan ibuku yang aku panggil ‘mak’. Bila aku kenang balik kisah-kisah aku semasa kecil, aku cukup tersentuh bila teringatkan jasa dan pengorbanan mak aku selama ni. Ibuku berkahwin di usia yang muda. Kalau ikut zaman sekarang, ibuku sepatutnya menyambung pengajian tapi pada usia 18 tahun, beliau dah pun menjadi seorang suri rumah tangga.
Masa aku umur lima tahun, arwah ayah aku meninggal dunia kerana sakit buah pinggang. Walaupun mak berkahwin lain, kehidupan kitorang agak susah sebab nak menyekolahkan kami enam beradik. Setiap hari mak bangun seawal jam 3 pagi untuk menyediakan nasi lemak dan kuih-muih untuk dijual. Macam-macam kuih mak buat. Kuih sagu, kuih cara dan kuih bakar. Pernah jugak mak berniaga petang-petang, jual satar dan otak-otak di tepi jalan. Bila tiba bulan puasa, mak buat laksa penang, rojak ayam, roti jala dan kuih sagu. Semuanya mak buat untuk tanggung keluarga. Aku kesian tengok mak terpaksa bekerja keras.
Kami sekeluarga diuji lagi bila arwah ayah tiriku pula meninggal dunia. Masa tu, aku baru beberapa bulan habis exam SPM. Pendapatan mak aku cukup-cukup nak menyekolahkan adik-adik aku yang lain. Beban sedikit berkurang sebab aku dan kakak aku dah habis sekolah. Mak cukup tabah dan kuat. Masih terus bangun seawal 3 pagi untuk masak nasi lemak. Siangnya mak bekerja sebagai cleaner di kawasan perindustrian berdekatan dengan rumah. Bebanan mak berkurang sikit bila mak berkahwin lagi. Lagipun sekarang ni tinggal tiga orang lagi adik-beradik aku yang masih bersekolah.
Air mata aku menitis bila menulis entri ini. Aku sebak bila terkenangkan mak aku. Bukan aku homesick, tapi aku sedih sebab mak banyak bersusah payah dan berkorban untuk kami selama ini. Rasanya tak cukup kalau nak cerita semuanya di sini. Aku tak dapat nak balas segala pengorbanan mak aku selama ni. Apa yang aku boleh buat ialah belajar rajin-rajin dan ubah masa depan keluarga. Jadi orang berguna. Aku berazam nak menggembirakan mak aku selagi beliau masih bernyawa. Cukuplah kesusahan hidup yang beliau tanggung selama ini.
Selamat Hari Ibu. Kalaulah ratu hatiku. Tempat aku berpayung ketika susah dan senang. Jasamu akan ku kenang hingga akhir hayat. I love you from the bottom of my heart.

‘DEMI MASA’
Manusia selalu terlupa
1 hari = 24jam
Satu TAHUN = 12 Bulan =
52 Minggu = 365 Hari =
8760 Jam = 525600 Minit
31536000 Detik/saat
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun) <> 70th 60th – 70th (65th) Chart. Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti). Puratanya manusia meninggal ± 65 th..
Baligh
Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia.
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun Usia
Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya: Mati – Baligh = Baki Usia, :~ 65 – 15 = 50 tahun
50 Tahun Digunakan Untuk Apa?
Catatan: 50 tahun= 18250 hari=458000 jam
12 jam siang hari12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam
Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama………!
Tidur
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk tidur = 18250 hari x 8 jam= 146,000 jam = 16 tahun 7 bulan;
Lebih Kurang 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya…….
Aktiviti Di Siang Hari
Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam. Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti: 18250 hari x 12 jam= 219,000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.
Waktu Rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan….
..17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud;
“Tidak KU-ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada-KU”.
Maut datang menjemput tak pernah bersahut, Malaikat datang menuntut untuk merenggut, Manusia tak kuasa untuk berkata-kata, Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka, Terimalah habuanmu seadanya.
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan.. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar…
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.” Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya.
Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…! Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga… Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima?
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ….. 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x 1 jam =18250 jam= 2 tahun
Kesimpulan:waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa…
Logiknya: Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian…………
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana…………
Penyelesaian: Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!!!!! Ingatlah negeri kita…Akhirat..
Sama2 lah kita saling ingat-mengingati…


