Ismat van movic On Tuesday, June 15, 2010

Kerajaan Malaysia telah meluluskan pemberian lesen judi bola sepak kepada Berjaya Group baru-baru ini untuk pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010. Alasannya ialah aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap akan berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa jika lesen judi ini tidak dikeluarkan sekalipun. Jadi dengan pemberian lesen ini, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Jika kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP (Pakatan Rakyat) mengharamkan judisempena musim bola ini, tetapi lain pula situasi yang berlaku di negeri Terengganu apabila UMNO Kuala Terengganu ‘menyokong penuh pemberian lesen judi bola sepak’ ini. Update:difahamkan banner ini bukan dibuat oleh Jawatankuasa UMNO Kuala Terengganu dan mungkin ada kaitan dengan politik.

Kredit: tranungkite.net

Saya berharap kerajaan Malaysia menimbang semula keputusan pemberian lesen judi itu kepada Berjaya Group kerana saya percaya ia akan menggalakkan lagi ramai rakyat Malaysia untuk berjudi. Ingat judi ni macam arak dan dadah juga, ibu kepada segala masalah. Tak ada masalah, jangan cipta masalah. Buruk padahnya nanti.

Psstt: Tak boleh tahan baca ayat pada banner tu: ‘menyokong penuh’.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails