Ismat van movic On Tuesday, June 15, 2010

Kali ini saya akan senaraikan beberapa kesalahan ejaan yang sering dilakukan oleh pelajar. Bagaimanapun rasanya saya juga tergolong di kalangan orang-orang yang sering salah dalam mengeja perkataan-perkataan di bawah. Meskipun pernah menjadi guru bahasa Melayu, saya sendiri tidak terlepas dari membuat silap. Yelah, dah manusia mana ada yang sempurna. Saya sebenarnya lebih mahir dalam bidang lukisan berbanding dengan penulisan…oh…

Berikut ialah kesalahan ejaan paling popular yang sering dilakukan:ejaan

KESALAHAN…………………………PEMBETULAN
i) *Kebanyakkan……………………… kebanyakan
ii) *berkerjasama…………………….. bekerjasama
iii) *kadang-kala……………………….kadangkala
iv) *penyalah gunaan………………..penyalahgunaan
v) * Disamping itu……………………..Di samping itu
vi) *kerosakkan…………………………kerosakan
vii) *anti-merokok…………………….antimerokok
viii) *serious…………………………….serius
ix) *terguris……………………………..tergores
x) *seringkali …………………………..sering kali
xi) *biadap……………………………….biadab
xii) *television………………………….televisyen
xiii) *penguatkuasa……………………penguat kuasa
xiv) *dairi ……………………………….diari
xv) *barang kali………………………..barangkali
xvi) *mengulangkaji…………………..mengulang kaji
xvii) *menyosalsiasat………………..menyoal siasat
xviii) *bersatu-padu…………………..bersatu padu
xix) *ibu-bapa…………………………..ibu bapa
xx) *pasca kemerdekaan…………….pascakemerdekaan

Inilah antara ejaan yang sering menjadi kesalahan utama dalam penulisan karangan. Selepas ini cubalah buat rujukan dahulu jika tidak pasti cara mengeja perkataan-perkataan di atas dengan betul. Hehehe…
Terima kasih kepada: Minda. Sastera. Bahasa

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails