Ismat van movic On Tuesday, June 15, 2010




Masih ingatkan anda tentang artikel mengenai MillatFacebook di blog Oh Malaysia baru-baru ini? Rupa-rupanya impak MillatFacebook sangat besar sehinggakan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg tak senang duduk sekarang ni. MillatFacebook yang berubah wajah kini menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Jika Mark Zuckerberg mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk menyiapkan prototaip dan melancarkan Facebook, orang Pakistan hanya mengambil masa beberapa hari sebelum MillatFacebook dilancarkan secara global.

Dalam masa 11 hari, seramai 268,000 orang telah menyertai MillatFacebook berbanding hanya 3,000 orang yang menyertai Facebook pada bulan pertama dilancarkan. Pada 9 Jun 2010, ranking Alexa MillatFacebook melonjak ke tangga 21,488 untuk ranking global. Facebook pula mengambil masa selama 6 tahun untuk meraih populariti dunia.

Kesan MillatFacebook terhadap Facebook

Penggunaan Facebook meningkat sebanyak 10.24% untuk 3 bulan lepas. Selepas Facebook mempertahankan dan meneruskan “Everybody Draw Mohammed Day” dan pelancaran MillatFacebook, pengguna Facebook berkurang sebanyak 2.32% bulan lalu. Dengan peningkatan populariti MillatFacebook, pertumbuhan Facebook menurun sebanyak 0.5% dalam masa 7 hari lepas. Dijangkakan, Facebook akan kehilangan 10% pengguna atau sebanyak 40 juta orang daripada 400 juta pengguna Facebook.

Cubaan Facebook menggagalkan MillatFacebook

  • Serangan DDOS secara berterusan ke atas MillatFacebook (termasuk menggunakan IP Israel dan CIA).
  • Subversion Attacks ke atas MillatFacebook.
  • Ugutan peribadi terhadap pihak pengurusan MillatFacebook.
  • Berkomplot dengan Yahoo di mana Yahoo menghentikan penghantaran email-email yang berkaitan dengan MillatFacebook.
  • Yahoo Mail menyekat email MillatFacebook dan menyatakan “your website contain offensive content”.

MillatFacebook dalam usaha meningkatkan kelajuan pelayaran laman sosial itu dan akan berpindah ke server baru iaitu BoonEx:Dolphin, Russia. Sila kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan di Facebook dan Twitter supaya lebih ramai lagi yang beralih kepada MillatFacebook: laman sosial milik orang Islam. Kalau malas sangat, boleh ‘Like’ je. :D

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails