Ismat van movic On Tuesday, June 15, 2010

Siapa kata menulis blog hanya membazirkan masa? Mungkin pendapat itu harus kita tepis sekarang kerana ramai blogger yang telah berjaya hanya dengan menulis blog antaranya Mira Abu Bakar. Siapa Mira Abu Bakar? Kalau ada yang tak tahu, boleh selak akhbar Harian Metro hari ini, 13 April 2010 dalam sisipan Variasi muka surat 6. Mira Abu Bakar atau lebih popular dengan panggilan Redmummy adalah pemilik blog Redmummy.com, blog peribadi paling popular yang menerima hampir 4 juta pembaca setakat ini.

Blog Redmummy menceritakan mengenai apa sahaja. Bukan hanya menjurus kepada pengalaman peribadi tetapi termasuk panduan keibubapaan, solekan, fesyen, perhiasan seperti beg tangan, anting-anting juga ulasan filem, konsert, teater serta majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Skrin dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Pendapatan pertama Redmummy daripada Nuffnang berjumlah RM90, diikuti RM150, RM300 sehinggalah sekarang mencecah RM10,000 sebulan. Redmummy turut dijemput untuk menghadiri pelbagai acara perasmian produk terbaru seperti susu, alat solek, pakaian, salun dan spa sehinggalah alat teknologi seperti kamera dan telefon bimbit. Beliau memperoleh RM100,000 untuk ulasan iklan sepanjang tiga tahun menulis blog.

Panduan menjana pendapatan menerusi blog oleh Redmummy:

1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

Kredit: Harian Metro dan Mohd. Zaid

Siapa nak jadi macam Redmummy? Cepat angkat tangan !!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails