Ismat van movic On Monday, June 14, 2010


bilik dye kot
Disitu ada kemahuan di situ ada Highway
Lokasi Bayu Beach Resort berada
Berbincang bersama saudara saya yang bernama-

-Farid Wajdi
-Ismat Van Movic
-Wan Muhammad Ismat Azmy
-Nani

Pergi Bayu Beach Untuk ape?
-Bercuti
-Kalau nak ikutkan mesti Shopping punye ar
-Bermandi-manda bestx2

Nanti nak wat pe kat sane?
-Mandi Pantai
-Bermandi-manda
-Bermain game counter strike

Kenapa nak pegi sane?
-Atuk gan Nenek ajak
-Saudara pun same ajak

Mandi kat pantai nak wat ape laa.
-Scuba Diving(kalau ada)
-Bananaboat(kalau ada)

Itu sahaja yg dapat aku ceritakan...:)

Ismat van movic On





Ismat van movic On



To Create Your Jersey!! http://apps.facebook.com/worldcupjersey/

Ismat van movic On


http://www.atdhe.net/


Ismat van movic On

Entri ini khas aku tulis untuk panduan mana-mana rakyat Malaysia yang ingin melancong di Perth, satu-satunya bandar yang berada di bahagian barat Australia. Perth agak terpisah dari bandar-bandar lain seperti Sydney, Melbourne, Adelaide, Hobart dan Brisbane. Walau bagaimanapun, Perth tetap menjadi pilihan pelancong-pelancong dari Malaysia kerana jaraknya yang lebih dekat dengan Malaysia. Perth juga ada banyak tempat menarik untuk dilawati.

Mata Wang

Ini perkara penting yang perlu korang tahu. Australia menggunakan matawang Dolar Australia dimana 1.00 dollar bersamaan RM3.00 bergantung kepada current exchange. Dollar Australia biasanya tak menentu, sekejap naik dan sekejap turun. Apa yang penting juga, dollar Amerika tak sama dengan dollar Australia.

Penerbangan

Jangan bimbang mengenai penerbangan ke Perth. Banyak syarikat penerbangan yang menawarkan harga terendah untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth. Antaranya ialah Malaysia Airlines (MAS), AirAsia X, Tiger Airways, dan Qantas. Apa yang pasti MAS dan Air Asia sentiasa menjadi pilihan ramai. Kalau korang alert dengan promosi MAS, tiket pergi balik serendah RM990 boleh korang dapat dan mungkin lebih rendah dari itu. MAS tu beb! Kalau AirAsia lagi murah, mungkin sekitar RM900++ untuk pergi balik. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth memakan masa selama 5 jam.

Setibanya di Perth International Airport

Banyak teksi yang boleh diambil di airport dengan bayaran AUD25 atau bersamaan RM75. Teksi di Australia memang mahal sikitla. Kalau nak sewa kereta di airport pun boleh. Ada Avis, Budget, Europcar, Hertz, Redspot dan Thrifty. Boleh rujuk di sinikalau nak lebih informasi mengenai kereta sewa.

Pengangkutan Awam

Di sini banyak pengangkutan awam yang disediakan. Lebih efisyen berbanding RapidKL. Bas di sini memang on time. Kalau jadual bas pukul 2.15 petang, 2.15 petang jugalah bas akan terpacak depan korang. Kalau lambat sikit pun dalam 2,3 minit je. Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang jadual perjalanan dan tiket bas Transperth.

Penginapan

Sekiranya korang banyak duit, bolehlah tempah hotel 5 bintang di Perth. Kalau bajet sikit je, bolehlah menginap di mana-mana backpakers di sini. Boleh search di Google, ‘Backpackers Perth city’. Kalau aku, aku tak kisah pun tinggal di mana-mana, asalkan dapat berjalan di banyak tempat.

Makanan Halal

Mencari makanan halal di Perth tidak susah pun sebenarnya sebab banyak restoran-restoran halal di sini. Untuk mengetahui senarai makanan halal di Perth, boleh rujuk di sini. Banyak juga restoran Melayu dan Indonesia di Perth. Untuk fast food, KFC, Mc Donalds, Hungry Jack (di Malaysia dikenali sebagai Burger King) tidak halal di Perth. Fast food yang halal biasanya Nandos je. Subway pun boleh makan tapi cuma tuna atau vegi food sahaja. Ada juga beberapa jenis pizza yang boleh dimakan di Australian Pizza House antaranya ialah vegie dan seafood.

Masjid

Di Perth ada beberapa masjid yang boleh korang singgah untuk mengerjakan solat, boleh cek di sini. Tapi biasanya kami di sini solat di mana-mana sahaja tempat yang boleh solat. Kadang-kadang di atas padang, di tepi bangunan atau di tepi pantai. Ada juga tempat-tempat yang disediakan surau antaranya ialah Harbour Town – tempat membeli belah barangan berjenama dengan harga yang termurah. Kalau di Malaysia, aku sendiri tak pernah masuk kedai Cotton On tapi di sini Cotton On tu macam The Store je kot. Memang harganya jauh lebih murah.

Undang-undang Jalan Raya

Ini benda yang aku kena tekankan bila korang sampai je di Australia. Untuk pengetahuan korang semua, di Australia undang-undang jalan raya memang sangat ketat. Had laju dalam kawasan bandar biasanya 60 km/j dan kalau terlebih 62 atu 63 km/j pun mungkin akan disaman kalau CCTV dapat kesan kereta yang korang pandu. Aku tak pasti sangat di Perth tapi kalau di Adelaide, parking kereta dengan menentang arus pun disaman AUD30 (RM90). Kalau langgar traffic light biasanya kena saman dalam AUD200 (RM600). Jadi kalau nak sewa kereta di sini, sila patuhi undang-undang di sini. Jangan samakan Malaysia dengan Australia. Hehe.

Tempat-tempat Menarik

Untuk tempat-tempat menarik di Perth, aku akan kongsikan dalam entri seterusnya.

Ismat van movic On


Match pertama, Germany (Jerman) menang lawan Australia, 4-0. Dengan kemenangan ini mungkin boleh menyuntik semangat pasukan Jerman untuk terus menang dan melangkah ke peringkat seterusnya. Ramai yang meneka pasukan Sepanyol bakal juara melalui kontest Denaihati: Teka Siapa Juara World Cup 2010. Tapi bagi aku, World Cup ni apa-apa pun boleh jadi. Tiada yang mustahil untuk team yang kuat akan kalah dan sebaliknya. Jadi firasat aku Jerman boleh jadi juara untuk World Cup kali ini. Lagipun dah banyak kali kot Jerman masuk semi final dan final tapi kalah. Hehe.

Sesiapa nak menang hadiah RM250, sila join kontest ini di blog Denaihati sebelum 19 Jun 2010.

Ismat van movic On Monday, June 15, 2009

3 Jun 2010: Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mengubah dasar yang sedia ada untuk penajaan pelajar ke luar negara. MARA hanya memberi fokus tajaan kepada pelajar yang mendapat tempat di universiti tersohor dan mempunyai reputasi baik seperti Cambridge, Harvard, Oxford, London School of Economics, Imperial College dan Monash University di Australia.

Tajaan kepada penuntut yang melanjutkan pengajian di luar negara untuk pengajian ijazah pertama dan peringkat sarjana juga akan tertakluk kepada bidang tertentu yang kritikal seperti perubatan, patalogi dan bius. Pelaksanaan dasar baru itu akan membolehkan MARA memberi keutamaan menaja penuntut cemerlang di universiti tempatan dan sekali gus dapat mengurangkan perbelanjaan agensi berkenaan.

Biasiswa JPA

14 Jun 2010: Sebanyak 1,500 tempat yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk Program Ijazah Luar Negara (PILN) akan ditamatkan bermula tahun depan. Walau bagaimanapun, pelajar yang mendapat tempat di universiti termuka di dunia masih boleh mendapat biasiswa JPA. Perubahan dasar JPA ini tidak menjejaskan pemberian 300 tempat untuk pelajar yang layak berdasarkan merit dan tidak mengira bangsa.

Sama seperti MARA, matlamat JPA ialah untuk memastikan lebih ramai lagi pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM mendapat biasiswa di universiti-universiti tempatan.

Nota: Berita ini pasti akan membuatkan ibu bapa dan calon-calon SPM sedih dan terkilan. Pada saya, universiti-universiti di Malaysia pun bagus dan sama taraf dengan universiti di luar negara. Jika teringin sangat nak ke luar negara, dapatkan result yang terbaik untuk ijazah pertama dan menyambung pengajian master dan PhD di luar negara.

Related Posts with Thumbnails